Butiran Kamera Aksi Baharu Insta360 Tertiris Ke Arena Web
Amy Maizuraa
Sejumlah maklumat mengenai kamera aksi baharu Insta360 telah tertiris bermula dengan helaian spesifikasi hinggalah rekabentuk. Namun butiran mengenai nama sebenar produk ini masih belum dapat dikenalpasti. Tetapi ramai juga yang mula membuat andaian bahawa ia mungkin dikenali sebagai Insta360 Ace Pro 2.



Sekali lagi kamera itu hadir dengan lensa yang dibangunkan dengan kerjasama Leica. Namun demikian kamera 50MP 1/1.3″ baharu dengan sudut pandang 157° akan digunakan untuk kali ini, sekaligus menjadi peningkatan lebih baik berbanding 48MP pada model Ace Pro. Ia juga dikuasai oleh dua pemproses dengan teras AI terbina bagi tujuan meningkatkan pretasi kamera sama ada untuk memproses imej mahupun fungsi perisian. Di samping boleh merakam video pada resolusi tertinggi 8K/30FPS dan memberikan imej yang jelas dalam persekitaran cahaya malap bersama butiran dikekalkan.

Ini dilihat boleh memberi saingan kepada DJI Osmo Action 5 Pro yang diumumkan pada September lalu. Selain itu sepatutnya menawarkan kalis air dan jangka hayat bateri yang lebih baik. Tarikh pelancaran rasminya masih belum dapat dipastikan buat masa ini.
[sumber] NotebookCheck [/sumber]