Sokongan Windows 10 Akan Ditamatkan Dalam Masa 365 Hari Lagi
Fahim Zahar
Pada tahun 2021, Microsoft telah mengumumkan yang sokongan kemas kini Windows 10 akan ditamatkan pada 14 Oktober 2025. Hari ini sudah pun capai 14 Oktober 2024, bermakna ada 365 hari lagi sistem operasi ini akan disokong.

Bagi yang masih menggunakan Windows 10 dan belum naik taraf ke Windows 11, usah risau kerana Microsoft masih akan memberikan sokongan kemas kini tambahan melalui progam Extended Security Updates (ESU). Program ini memerlukan syarikat atau individu yang masih ingin menggunakan Windows 10 melakukan bayaran kepada Microsoft. Kemas kini lanjutan ini akan disokong untuk tiga tahun lagi melalui kemas kini tampalan sekuriti secara bulanan.
Dalam laporan Statcounter, jumlah pengguna komputer dengan Windows 10 dicatatkan mencapai 62.79% dan adalah golongan majoriti. Pengguna Windows 11 pula adalah 33.37%, Windows 8.1 dengan 3.6%, Windows XP 0.34% dan Windows 8 dengan 0.22%. Bermula hari ini, anda sudah boleh mula melakukan kajian dan belajar menggunakan Windows 11 sebagai persediaan untuk selepas tahun 2028 nanti.