TV Pintar Samsung Mula Menerima Kemaskini One UI
Effi Saharudin
Seperti yang telah diumumkan minggu lalu, Samsung akan turut menggunakan One UI pada televisyen pintar keluaran mereka. Menurut laporan Sammobile pagi ini, kemas kini ke One UI mula diberikan pada televisyen pintar Samsung 2023 sejak semalam.

One UI untuk TV pintar adalah berasaskan sistem operasi Tizen 8 yang terkini dan bukannya Android seperti yang digunakan pada telefon serta tablet pintar. Menerusi One UI, antaramuka baharu diperkenalkan serta Game Bar turut dikemaskini. Setakat ini TV Samsung S90C OLED adalah antara model yang telah menerima kemas kini One UI.
Senarai lengkap TV yang akan menerimanya belum lagi diumumkan. Seperti One UI pada telefon pintar mercu, Samsung juga menjanjikan sokongan perisian selama 7 tahun untuk televisyen yang layak menerima One UI.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.