Carian
Amazon Memperkenalkan Kindle Pertama Dengan Skrin Berwarna
October 16, 2024 Aman

Amazon sedia terkenal dengan penawaran pembaca digital mereka berjenama Kindle. Hari ini, Amazon memperkenalkan kemaskini kepada penawaran Kindle, termasuk buat pertama kalinya memperkenalkan Kindle dengan skrin berwarna.

Dinamakan Kindle Colorsoft, ia menawarkan pelbagai ciri popular pada Kindle, dan pada masa yang sama menawarkan pengalaman berwarna seumpama pada kertas biasa. Ia menggunakan teknologi E-Ink Kaleido, serta sokongan ketahanan bateri sehingga lapan minggu menggunakannya. Amazon turut menyatakan pembaca digital baharu ini menawarkan sokongan pengecasan nirwayar, dan juga pada masa yang sama menyertakan sokongan kalis air untuk digunakan ketika dalam keadaan basah seperti ketika di tepi pantai atau berkhemah.

Buat masa ini, Kindle masih tidak ditawarkan secara rasminya di Malaysia. Namun, sebagai alternatif mungkin anda boleh mencuba Kobo yang turut menawarkan skrin berwarna untuk pengguna tempatan.

Komen