Samsung Galaxy A16 4G Turut Menawarkan Kemaskini Android Dan Sekuriti Selama 6 Tahun
Amy Maizuraa
Samsung Galaxy A16 5G telah diumumkan minggu lalu dengan sokongan kemaskini perisian selama enam tahun. Penawaran ini berjaya menarik minat ramai pengguna yang turut berpendapat pengeluar lain perlu melakukan hal yang sama. Khususnya untuk peranti yang memfokuskan kepada segmen pertengahan.

Terbaharu Galaxy A16 4G telah diumumkan dengan penawaran yang sama. Di mana peranti akan menerima kemaskini Android dan sekuriti selama enam tahun. Ia kemudiannya dilihat hampir sama dengan versi 5G yang menggunakan skrin 6.7-inci FHD+ OLED 90Hz, bateri 5,000mAh dengan pengecasan 25W, kamera utama 50MP + 5MP + 2MP dan swafoto sebesar 13MP.
Terdapat juga piawaian IP54 yang bermakna peranti kalis air dan habuk. Perbezaan ketara terletak pada cip pemprosesan Mediatek Helio G99, yang juga pernah digunakan pada Galaxy A15 4G sebelum ini. Peranti ini akan tersedia bermula November tanpa harga jualan didedahkan setakat ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.