Jumpa Muzik Kegemaran Di Instagram? Ia Kini Boleh Ditambah Terus Ke Spotify
Fahim Zahar
Tahun lepas, TikTok bekerjasama dengan Spotify untuk membolehkan pengguna yang menemui muzik kegemaran melalui video-video yang ditonton terus ke platform penstriman audio tersebut. Terbaru, Instagram pula memperkenalkan ciri yang sama.

Ketika anda sedang menonton video Reels di Instagram dan mendengar muzik menarik, mungkin Taylor Swift? Anda boleh tekan label muzik yang terpapar di video, kemudian anda akan dibawa ke laman menerokai video lain yang menggunakan muzik yang sama – di sini anda akan melihat ikon untuk tambah muzik tadi terus ke Spotify.
Anda perlu memberi kebenaran Instagram mengakses akaun Spotify anda untuk menggunakan ciri ini. Bagi pengguna Spotify dan yang aktif di Instagram, ini adalah ciri yang berguna. Cuma, Instagram agak ketinggalan kerana TikTok turut menawarkan sokongan Apple Music dan beberapa penstriman audio lain.
[sumber] Threads – Instagram [/sumber]