Belanjawan 2025: UiTM Dapat Peruntukan RM20 Juta Untuk Memperkasakan Industri E&E
Amy Maizuraa
Dalam perbentangan Belanjawan 2025, Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut menerima peruntukan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan inisiatif khas untuk melahirkan lebih ramai tenaga jurutera dan saintis dalam sektor Elektrik dan Elektronik (E&E). Ia dianggap menjadi keutamaan terutamanya dalam memastikan Bumiputera tidak ketinggalan dalam semikonduktor dan eksport E&E. Di samping bantu membangunkan lagi industri semikonduktor yang kin merupakan sumber startegik negara.

Dalam perkembangan yang sama, peruntukan RM50 juta untuk meluaskan pendidikan berkaitan kecerdasan buatan (AI) ke semua universiti pendidikan turut diberikan. Ia boleh dikatakan peningkatan lebih banyak berbanding RM20 juta tahun lalu. Antara universiti awam yang menjadi pemangkin kecerdasan buatan (AI) setakat ini adalah seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.