Tecno Mengacah Kehadiran Camon 30S Di Malaysia
Amy Maizuraa
Kemaskini baharu di Facebook menunjukkan Tecno Malaysia dalam perancangan hadir dengan peranti baharu. Setakat ini butiran lanjut mengenai tarikh pelancaran masih belum didedahkan kepada umum. Tapi apa yang pasti, peranti yang akan dilancarkan ialah Camon 30S baharu, yang juga kelak boleh dipasarkan dalam segmen kelas permulaan.

Pemilihan konsep yang sama seperti Vivo V23 5G digunakan dengan tubuh bertukar warna apabila terdapat cahaya dipantulkan padanya. Selain itu bonggol kamera bulat dengan dwi-kamera yang turut melengkapi panel belakang. Meskipun cuba berteka-teki mengenai skrin hadapan namun dijangka sejenis melengkung dan berlubang untuk peletakan kamera swafoto.

Belum ada sebarang perkongsian mengenai spesifikasi peranti dikongsi setakat ini. Sekiranya sama dengan model di Pakistan sebelum ini bermakna skrin 6.8″ AMOLED FHD+ 120Hz, cip Mediatek Helio G100, kamera 50MP (OIS) dan bateri 5000mAh boleh digunakan pada peranti.