TSMC Gantung Penghantaran Cip Yang Ditemukan Pada Cip AI Huawei
Effi Saharudin
Minggu lalu cip keluaran TSMC telah ditemukan cip kecerdasan buatan (AI) Huawei Ascend 910B walaupun syarikat gergasi China ini telah dikenakan halangan teknologi oleh Amerika Syarikat. Berikutan penemuan ini, TSMC telahpun menggantungkan penghantaran cip yang terlibat kepada Sophgo, syarikat China yang didapati adalah pemesan asal cip tersebut.
Sophgo ialah syarikat yang terlibat dalam rekaan cip yang kemudiannya digunakan pada mesin pelombong wang kripto Bitmain. Mereka telahpun mengeluarkan kenyataan menyatakan mereka mematuhi semua undang-undang bagi memastikan tidak berurusan dengan Huawei.

Sophgo tidak mengetahui bagai cip rekaan mereka jatuh ke tangan Huawei. Sebuah laporan telahpun dihantar kepada TSMC bagi membuktikan mereka tidak terlibat dalam usaha memintas halangan teknologi yang dikenakan oleh Amerika ke atas Huawei.
Perang perdagangan dan teknologi antara Amerika serta China telah berlarutan lebih lima tahun. Bagi mengekang perkembangan teknologi China, halangan dikenakan menggunakan alasan menjaga keselamatan negara. Halangan melibatkan perisian, perkakasan menghasilkan cip dan juga membeli cip AI yang paling berkuasa kepada China. Baru-baru ini tarif yang tinggi pula dikenakan ke atas panel solar, keluli dan kereta EV buatan China.
[sumber] Reuters [/sumber]