Kementerian Kewangan Sahkan Pelaburan Khazanah Dan PNB Pada Fashion Valet Berjumlah RM47 Juta, Dijual Pada RM3.1 Juta
Aman
Kementerian Kewangan kini mengesahkan beberapa laporan sebelum ini, menyatakan pegangan Khazanah dan PNB pada laman edagang Fashion Valet dijual pada harga hanya RM3.1 juta sahaja. Pelaburan kedua-dua pihaknya pada awal adalah berjumlah RM47 juta, iaitu RM20 juta oleh PNB dan RM27 juta oleh Khazanah.

Sebelum ini, Fashion Valet dilihat mengalami kerugian untuk beberapa tahun, dan langkah menjualnya diambil sebagai langkah strategik. Amanz pada awal tahun ini menjadi yang pertama melaporkan Fashion Valet telah diambil-alih oleh NXBT, dengan pegangan sebanyak 51.25%.
Seperti ramai sedia maklum, sesuatu pelaburan mungkin membawa kepada keuntungan atau sebaliknya. Khazanah dan PNB mengambil langkah untuk melabur di Fashion Valet selari perkembangannya ketika itu, disamping dalam usaha membantu syarikat tempatan untuk terus berkembang.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.