Carian
Sokongan Sekuriti Windows 10 Selepas 2025 Boleh Diterima Selama Setahun Dengan Bayaran $30
November 1, 2024 Effi Saharudin

Sokongan kemas kini untuk Windows 10 akan berakhir secara rasmi pada 14 Oktober 2025. Sebelum ini Microsoft mengatakan sokongan kemas kini Extended Security Updates selama tiga tahun lagi akan diberikan selepas 2025 tetapi hanya untuk pelanggan perniagaan sahaja.

Hari ini mereka mengumumkan sokongan selama setahun akan diberikan kepada pelanggan Windows 10 perseorangan tetapi dengan bayaran tambahan $30 (~RM 131). Sokongan ini diberikan kepada pengguna perseorangan yang masih belum bersedia atau mampu untuk menaik taraf ke komputer yang disokong Windows 11.

Dalam laporan Statcounter, Windows 10 digunakan 62.79% pemilik PC dengan Windows 11 pula adalah 33.37%, Windows 8.1 (3.6%), Windows XP (0.34%) dan Windows 8 (0.22%). Microsoft berkata cara untuk melanggan ESU tambahan setahun untuk pengguna perseorangan akan diumumkan tahun depan.

Komen