Enam Syarikat Malaysia Dikenakan Sekatan Amerika Kerana Berurusan Dengan Rusia
Effi Saharudin
Enam lagi syarikat yang berpangkalan di Malaysia dimasukkan ke dalam senarai sekata oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat kerana berurusan dengan operasi sektor perbuatan Rusia. Sejak sekatan teknologi dikenakan ke atas Rusia disebabkan oleh peperangan dengan Ukraine, Rusia menggunakan pihak ketiga bagi memenuhi keperluan teknologi domestik khususnya dalam sektor ketenteraan.
Syarikat Malaysia yang kini disenarai hitam oleh Amerika ialah Zeolite Mansford Sdn Bhd (Zeolite), Centrina United Sdn Bhd (Centrina), Gyntec Carbon Sdn Bhd (Gyntec), Moralability Industry Sdn Bhd (Moralability) dan Melix Global Sdn Bhd (Melix Global).

Rusia dipercayai menggunakan syarikat dari China, India, Malaysia, Thailand, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu untuk memintas sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Ini menjadi sebab walaupun sekatan telah lebih dua tahun, komponen seperti cip pemproses buatan Barat masih ditemukan dalam peluru berpandu Rusia.
Pada Jun lalu, Jatronics Sdn Bhd ialah syarikat Malaysia pertama dikenakan sekatan Amerika kerana berurusan dengan Rusia. Syarikat yang sudah beroperasi sejak 2003 ini dikatakan menghantar komponen semikonduktor, wafer dan mikrocip ke Rusia antara April hingga September 2022 yang bernilai $3 juta.
[sumber] Bernama [/sumber]