Penganalisa : U Mobile Perlukan Rakan Kerjasama Dengan Sokongan Kewangan Baik Untuk Membangunkan Rangkaian 5G Kedua
Aman
Pada penghujung minggu lepas, SKMM membuat kejutan dengan memilih U Mobile untuk membangunkan Rangkaian 5G Kedua Negara, berbanding CelcomDigi atau Maxis. Seperti ramai sedia maklum, U Mobile merupakan syarikat telekomunikasi yang lebih kecil berbanding yang lain. Penganalisa CIMB Securities mengatakan keputusan SKMM memilih U Mobile berkenaan adalah diluar jangkaan, dengan nama Maxis dan CelcomDigi yang pada awalnya dijangka memenangi pelesenan untuk pembangunan Rangkaian 5G Kedua Negara.
Hal ini kerana, U Mobile mempunyai angka pengguna lebih rendah berbanding Maxis dan CelcomDigi, selain kedudukan kewangan yang tidak sekukuh dua syarikat telekomunikasi berkenaan. CIMB Securities menyasarkan pembangunan Rangkaian Kedua 5G Negara akan memerlukan pelaburan antara RM2 bilion ke RM3 bilion untuk tempoh sehingga 24 bulan akan datang dalam mencapai 80% kawasan berpenduduk, disamping pelaburan RM1 bilion setahun untuk setiap tahun seterusnya.
Disamping itu, BIMB Securities menyasarkan langkah ini akan membolehkan U Mobile untuk meraih dana melalui penyenaraian IPO, selain mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam arena telekomunikasi. Sebelum ini, ia telah diperkatakan U Mobile akan melakukan penyenaraian IPO sekitar 2025.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.