Carian
Microsoft Mula Menguji Chatbot AI Untuk Khidmat Bantuan Pelanggan Xbox
November 5, 2024 Fahim Zahar

Microsoft sedang rancak mengintegrasikan teknologi kecerdasan buatan generatif mereka ke dalam hampir keseluruhan produk digital popular yang digunakan ramai. Integrasi AI ini turut akan melibatkan Xbox di mana ciri seperti alat AI membantu pengguna dan chatbot akan diperkenalkan. Baru-baru ini, satu chatbot khusus untuk khidmat bantuan pelanggan Xbox telah mula diuji.

Xbox Support Virtual Agent adalah chatbot AI dengan watak comel atau bebola logo Xbox sebagai watak utama. Ia direka untuk membantu pengguna Xbox menyelesaikan masalah berkaitan dengan konsol atau isu berkenaan permainan yang sedang dimainkan. Buat masa ini ia terhad kepada pengguna Xbox Insider di Amerika Syarikat sahaja. Akan datang, lebih banyak integrasi AI akan dilakukan pada ekosistem Xbox termasuk menjana aset permainan atau NPC AI.

Komen