Pengguna Xiaomi Akan Menerima Kemas Kini Android 15 Dengan HyperOS 1.0 Bukan 2.0
Fahim Zahar
Xiaomi HyperOS 2.0 adalah sistem operasi baharu generasi kedua yang telah diperkenalkan pada Xiaomi 15. Ia dibina berasaskan Android 15, dilengkapi dengan banyak ciri AI generatif, sekuriti yang dipertingkatkan dan prestasi yang lebih baik. Terbaru, pengguna peranti Xiaomi di pasaran global mula menerima kemas kini Android 15.

Cuma, mereka tidak menerima HyperOS 2.0. Sebaliknya, ia dengan HyperOS 1.1. Menurut sumber, HyperOS 2.0 dengan ciri baharu masih belum tersedia untuk pasaran global, jadi Xiaomi berikan kemas kini Android 15 terlebih dahulu. Peranti yang disokong adalah Xiaomi 14 dengan giliran seterusnya adalah Xiaomi 14 Ultra. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut dari Xiaomi dalam minggu-minggu akan datang.
[sumber] GSMArena [/sumber]