Jerayawara Huawei Di Pavilion KL Ketengah Fungsi Menarik Pada Siri Watch GT 5 Baharu
Amy Maizuraa
Huawei telah memperkenalkan jam tangan pintar siri Watch GT 5 baharu di Malaysia pada September lalu. Bagi terus mempromosikan kehebatan jam tangan itu ke lebih ramai pengguna, Huawei kini menganjurkan sebuah jerayawara yang diadakan di pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur, Connection Canopy bermula 6 hingga 17 November 2024.


Objektif jerayawara yang diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan mengenai teknologi menarik pada barisan jam tangan baharu itu, terutamanya berkaitan dengan kesejahteraan emosi. Sepanjang jerayawara ini, pihak Huawei turut menyajikan aktiviti-aktiviti tambahan lain seperti rakam detik indah bersama panda gergasi yang comel, kekal aktif dengan mengayuh basikal disediakan untuk menyalakan gelang aktiviti sambil memenangi hadiah menarik dan kuasai emosi melalui beberapa soalan ringkas yang menyeronokkan untuk kenali mood semasa masing-masing.




Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi Watch GT5 apabila berkongsi detik indah sepanjang keberadaan di jerayawara tersebut melalui media sosial masing-masing dengan tanda tagar (hashtag) #HuaweiTechWithLove dan #HuaweiMYDiscoverNow. Di samping boleh nikmati promosi eksklusif dan tawaran istimewa dengan diskaun mencapai RM900 yang hanya tersedia semasa jualan mega melalui Shopee Live pada 10 November 2024 (diantara jam 7 malam – 1 pagi).


Kunjungi Connection Canopy di Pavilion KL hari ini dan rasai pengalaman menyeronokkan ini sambil lihat bagaimana teknologi Huawei boleh meningkatkan kehidupan pengguna dengan cara yang unik.