Bank Islam Mengacah Pengenalan Aplikasi Perbankan Yang Diberikan Nafas Baharu
Aman
Bank Islam sebelum ini sering dikritik pengguna berkenaan dengan prestasi aplikasi perbankan mereka yang sering mengecewakan pengguna. Dalam usaha untuk mengatasinya, kini Bank Islam dilihat dalam persiapan untuk memperkenalkan aplikasi perbankan yang diberikan nafas baharu.

Melalui media sosial Bank Islam, kini mereka mengacah pengenalan aplikasi perbankan baharu dengan antaramuka yang dikemaskini. Gambar yang dikaburkan memperlihatkan ia akan menyertakan beberapa akses pantas pada halaman utama, selain maklumat yang dipaparkan dalam bentuk “kad”.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah aplikasi baharu akan dilancarkan. Selain aplikasi perbankan Bank Islam utama, mereka turut mempunyai satu lagi aplikasi memfokuskan simpanan, dinamakan Be U.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.