Apple dilaporkan telah menyerahkan pelan untuk melaburkan $10 juta (RM44 juta) di Indonesia bagi membolehkan siri iPhone 16 dijual di negara tersebut. Penjualan iPhone 16 telah dihalang oleh kerajaan Indonesia bulan lalu keran Apple tidak memenuhi janji melakukan pelaburan bernilai 1.71 trilion Rupiah (~RM 489 juta). Setakat ini Apple telah melabur sebanyak 1.48 trilion Rupiah (~RM 414 juta) sahaja.
Pelaburan $10 juta yang akan dilakukan adalah pada kilang pembuatan aksesori dan alat ganti untuk peranti Apple di Bandung. Kementerian Perindustrian Indonesia sedang menilai cadangan dengan keputusan dijangka akan diberikan tidak lama lagi.
Menurut inisiatif Tingkat Komponen Dalam Negeri (TKDN) Indonesia, syarikat asing wajib memenuhi keperluan 40% kandungan tempatan untuk beroperasi di dalam negara. Selain siri iPhone 16, siri Google Pixel 9 juga menerima nasib serupa di Indonesia gara-gara gagal memenuhi keperluan TKDN.