Nilai Bitcoin Kini Melangkaui $88,000
November 12, 2024
Kewangan
Effi Saharudin
Trend peningkatan nilai kripto berterusan lagi hari ini dengan Bitcoin kini melangkaui $88,000. Ini adalah peningkatan hampir 10% berbanding $81,000 semalam. Ketika artikel ditulis, nilai satu Bitcoin ialah $88,884 (~RM 393,000) dan sedikit menyusut berbanding awal pagi tadi di mana ia mencecah $89, 000.

Nilai masih diramalkan akan semakin meningkat dalam masa beberapa hari lagi sehinggalah Trump secara rasmi dilantik menjadi Presiden pada Januari 2025. Semasa berkempen Trump menegaskan akan menggunakan wang kripto dengan beliau sendiri melancarkan token peribadi yang dijual kepada penyokong.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.