Peranti yang menggunakan skrin keluaran BOE mungkin akan diharamkan daripada dijual di Amerika Syarikat. Ini selepas Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa (ITC) Amerika Syarikat mendapati BOE melanggar paten skrin OLED milik Samsung. ITC walau bagaimanapun menolak permintaan Samsung pada ketik ini untuk mengharamkan import peranti dengan panel OLED BOE ke Amerika Syarikat.
Sungguhpun begitu Samsung sudahpun meminta ITC untuk melakukan penilaian semula permohonan mereka dengan keputusan akhir akan diumumkan pada Mac 2025. Sekiranya permintaan Samsung diterima, telefon pintar seperti OnePlus 13 dan Motorola Razr akan diharamkan kerana menggunakan panel OLED. Selain telefon pintar, komputer riba Lenovo ThinkPad X1 Fold juga akan terkesan.
Ia juga bakal memberikan kesan kepada masa depan iPhone SE generasi keempat akan menggunakan panel BOE sepenuhnya. ITC sebelum ini telahpun mengharamkan jualan beberapa model Apple Watch ke Amerika Syarikat selepas ia didapati melanggar paten milik Masimo Corp.