OnePlus Mungkin Akan Melancarkan Telefon Boleh-Katup Di Bawah Siri Ace atau R Tahun 2025
Fahim Zahar
Tahun ini, Oppo bakal membawa masuk ke pasaran Malaysia dua peranti di bawah siri Find X iaitu Find X8 Pro dan Find X8. Sementara OnePlus pula bakal membawa masuk OnePlus 13. Anda mesti tertanya apa yang terjadi dengan peranti skrin boleh-lipat mereka di bawah siri Find N?

Disebabkan tahun ini Oppo dan OnePlus telah melancarkan siri Find X8 dan OnePlus 13, peranti siri Find N dan Open hanya akan tiba pada tahun 2025. Oppo dikatakan kekal dengan penawaran Find N untuk kedua-dua peranti tetapi untuk OnePlus, peranti boleh-katup mereka dikatakan akan diperkenalkan di bawah siri Ace. Jika ia diperkenalkan untuk pasaran global ia mungkin akan berada di bawah siri OnePlus R.

OnePlus Ace Open atau OnePlus Ace Flip ini dikatakan akan tiba bersama-sama dengan OnePlus Open 2 yang mana besar kemungkinan adalah penjenaam semula untuk Oppo Find N4. Diharapkan peranti ini akan ditawarkan di Malaysia agar lebih banyak pilihan premium boleh dipilih dan pengguna tidak terhad kepada peranti kelas pertengahan seperti dengan Nubia Flip atau Tecno Phantom V Flip.
[sumber] Weibo – Digital Chat Station [/sumber]