Selepas bertahun menantikan telefon lipat mampu milik, akhirnya tahun 2023 ia menjadi realiti. Peranti ini adalah Tecno Phantom V Flip, iaitu telefon lipat jenis clamshell yang bersaing dengan Samsung Galaxy Z Flip5 serta Oppo Find N3 Flip. Seperti Infinix, Tecno juga merupakan jenama di bawah Transsion yang menjadi pengeluar peranti kelima terbesar dunia. Jika Oppo dan Samsung menjual pada harga lebih RM4000, Tecno menawarkannya pada harga RM2,999 sahaja.
SPESIFIKASI
Tecno Phantom V Flip | |
---|---|
Skrin | Dalam 6.9″ AMOLED LTPO 10Hz-120Hz, FHD+ 2640 x 1080, 1000 nits, Schott UTG Luar 1.32″ AMOLED, 466 x 466, 60Hz, Gorilla Glass Victus |
Pemproses | Dimensity 8050 (6nm) |
Cip | 1x 3.0 GHz Cortex-A78 3x 2.6 GHz Cortex-A78 4x 2.0 GHz Cortex-A55 |
Cip Grafik | Mali-G77 MC9 |
RAM | 8GB LPDDR4X + 8GB Maya |
Muatan Dalaman | 256GB UFS 3.1 Mikro SD 1TB |
Kamera Utama | 64MP f/1.7 (Sudut Lebar) 13MP f/2.2 (Sudut Ultra Lebar) AI Cam, Super Night, Sky Shop |
Kamera Swafoto | 32 MP f/2.45 |
Bateri | 4000 mAh Pengecasan berwayar 45W |
SIM/Telefoni | Dwi SIM nano / 5G |
NFC | Ya |
Bicu Audio | Tiada |
Kalis Air | Tiada |
Sistem Imbasan | Pengimbas jari di sisi |
Harga Jualan | RM2,999 (8/256 GB) |
SKRIN
Saiz skrin AMOLED pada peranti ini cukup besar iaitu 6.9″. Ia lebih besar berbanding Samsung Galaxy Z Flip5 yang menggunakan skrin 6.7″. Skrin Phantom V Flip menyokong resolusi FHD+, hadir dengan kadar segar semula adaptif 10Hz-120Hz kerana menggunakan panel LTPO. Bezel juga nipis dan sekata. Sayang sekali skrin ini tidak menyokong HDR10+ dan kecerahan skrin terhad kepada 1000 nits sahaja.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_34.jpg)
Walaupun begitu saya masih tiada masalah menggunakan skrin peranti ini setiap hari. Setakat menggunakannya ketika di dalam rumah atau pejabat ia sudah memadai. Pengorbanan harus dilakukan agar boleh dijual pada harga mampu milik. Warna skrin masih tajam, kandungan YouTube masih jelas dan paling menarik adalah kesan lipatan yang tidak begitu jelas selepas berminggu digunakan. Walaupun begitu, kesan lipatan masih boleh dirasa apabila skrin ditatal pada bahagian tengah dan ia mempunyai “jurang” yang lebih besar berbanding Z Flip5 atau Z Flip4.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Tecno-Phantom-V-Flip-Penstriman-scaled.jpg)
Perkara paling mengecewakan untuk saya adalah skrin Phantom V Flip yang tidak menyokong paparan HDR10+. Netflix terhad kepada FHD sahaja dan video pula kerap gagal dimainkan. Dalam masa seminggu, Netflix dan Prime Video akan tersangkut pada skrin “Memuat” sekitar 4 kali menyebabkan saya terpaksa membuang aplikasi dan memasangnya semula. Saya tidak pernah menghadapi pengalaman yang aneh ini walaupun pada peranti Huawei yang secara rasmi tidak disokong oleh Netflix.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_29.jpg)
Skrin bulat di luar tidak cukup terang dan tidak begitu responsif apabila ditatal. Ia adalah seakan skrin jam tangan pintar asas dengan fungsi dihadkan kepada melihat notifikasi tetapi tidak boleh membalas mesej, paparan kalendar yang kecil, mencipta penggera, akses pantas kepada kamera, perakam suara dan beberapa yang lain termasuk kebolehan menukar “muka jam”.
SISTEM BIOMETRI
Tecno Phantom V Flip menggunakan pengimbas cap jari di sisi bersama-sama dengan butang kuasa. Ia cukup pantas dan masih berjaya mengimbas jari saya walaupun sedang berpeluh. Untuk sebuah peranti dalam kelas pertengahan, ia adalah satu perkara yang bagus. Untuk imbasan wajah pula, ia hanya menggunakan kamera swafoto dan turut mengesan wajah saya dengan pantas walaupun dalam keadaan yang gelap.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_09.jpg)
REKAAN
Peranti ini menggunakan rekaan yang cukup unik berbanding pesaing seperti Samsung. Untuk unit yang saya uji, ia menggunakan warna ungu seakan Samsung Bora Purple dan juga penggunaan tona dua warna seakan Flip4. Logo bulat “V” di belakang seakan pada Motorola Razr 40 dan skrin bulat di hadapan seakan Huawei P50 Pocket tetapi lebih besar. Dua sensor kamera dengan lampu LED flash turut terbina di sekitar bezel skrin luar.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_22.jpg)
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_16.jpg)
Butang laras suara dan butang kuasa berada di sisi kiri, slot kad SIM berada di sisi kanan, di atas hanya ada lubang mikrofon. Di bawah pula terdapat kekisi speaker, satu lagi lubang mikrofon dan juga port USB-C. Peranti ini juga masih tidak menggunakan rekaan yang menjadi trend sekarang iaitu rata, sebaliknya di setiap sisi adalah sedikit melengkung dan agak licin untuk dikendalikan dengan satu tangan.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_08.jpg)
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_05.jpg)
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_07.jpg)
Di bahagian engsel terdapat logo teks Phantom yang ringkas dan teknologi engsel yang digunakan juga tidak membenarkan peranti ditutup dengan rapat sepenuhnya kerana masih ada lubang yang berpotensi memerangkap habuk dan suatu hari nanti terus merosakkan peranti. Di tangan peranti terasa premium, namun bahagian engsel ini sedikit longgar dan ini menimbulkan tanda tanya bagaimanakah ketahanan peranti bernilai hampir RM3000 ini?
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_32.jpg)
Untuk pengguna yang ada masalah kecelaruan obsesif-kompulsif (OCD), peranti ini mungkin bukan untuk anda. Ini kerana apabila peranti ini dibuka, ia tidak tegak dan berada dalam keadaan bengkok. Saya yang tiada OCD pun membuatkan mata saya sakit melihatnya. Tetapi saya cuba sedaya upaya menerima kekurangan peranti ini kerana harga jualannya yang paling murah untuk telefon lipat jenis clamshell.
PENGGUNAAN DAN PERISIAN – HiOS V13.5.0
HiOS yang dijalankan pada Phantom V Flip ini dibina berasaskan Android 13 dan mempunyai 99% persamaan dengan XOS yang digunakan pada peranti Infinix kerana kedua-duanya adalah peranti di bawah pengeluar yang sama. Disebabkan saya pernah menggunakan Infinix GT 10 Pro sebelum ini, saya tiada masalah dalam menggunakan Phantom V Flip.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_20.jpg)
Walaupun masih mempunyai beberapa aplikasi gendut, ia masih boleh diterima dan kebanyakannya masih boleh dibuang. Paling penting adalah HiOS tidak memaparkan iklan walaupun mempunyai gedung tema tersendiri. Seperti XOS, HiOS juga seakan menggabungkan MIUI dengan Funtouch OS. Rekaan antaramuka cukup mesra pengguna dan mudah digunakan tetapi tetapan sistem sedikit tidak teratur dan banyak tersembunyi dalam pelbagai kategori yang pada saya tidak diperlukan pun.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Tecno-Phantom-V-Flip-HiOS-01-scaled.jpg)
HiOS turut menawarkan beberapa ciri dan fungsi yang menarik. Berikut adalah senarainya;
- Lightning Multi-Window
- Ciri multi-tugasan yang dikawal dengan gestur.
- MemFusion
- Memberi 8GB RAM tambahan secara maya.
- Smart Panel
- Panel khas yang memaparkan akses pantas ke aplikasi kegemaran.
- Social Turbo
- Memberi WhatsApp ciri mod kecantikan, pengubah suara, pencipta pelekat dan banyak lagi.
- Ella
- Pembantu maya yang dikuasakan ChatGPT. Ia menerima prom untuk membantu pengguna dalam membuka aplikasi, cipta pantun dan sebagainya.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Tecno-Phantom-V-Flip-HiOS-02-scaled.jpg)
Memandangkan ini adalah peranti dengan skrin boleh-lipat, beberapa ciri khas turut disediakan. Pertama adalah Cover Screen Collections untuk mengubahsuai skrin luar dengan pelbagai rekaan “muka jam” dan widget. Di dalamnya turut terdapat kategori Cute Pets untuk membela haiwan 3D yang comel.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Tecno-Phantom-V-Flip-Cover-Screen-scaled.jpg)
Tecno Phantom V Flip masih tidak menyokong banyak aplikasi dalam mod Flex dan terhad kepada YouTube dan aplikasi kamera sahaja sama seperti Oppo Find N3 Flip. Setakat ini Samsung masih lagi yang terbaik kerana perisian yang sangat matang.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_36.jpg)
PENANDA ARAS – DIMENSITY 8050
Cip pemprosesan yang digunakan adalah Dimensity 8050 iaitu cip Dimensity 1300 yang dijenamakan semula. Spesifikasi peranti ini juga mirip Infinix GT 10 Pro dan hanya beza pada kamera serta bateri sahaja. Walaupun begitu ia adalah cip yang masih berkuasa untuk sebuah peranti kelas pertengahan. CPU adalah 1x 3.0 GHz Cortex-A78, 3x 2.6GHZ Cortex -A78 dan 4x 2.0GHz Cortex-A55 dan GPU pula adalah Mali-G77 MC9.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Penanda-Aras-Tecno-Phantom-V-Flip-01-scaled.jpg)
Sama seperti Infinix GT 10 Pro, Tecno Phantom V Flip mempunyai prestasi yang cukup lancar dan pantas untuk pengguna harian. Masalah yang berlaku hanyalah kecil pada saya dan masih boleh diterima seperti sedikit pemanasan dan lengah masa yang tidak konsisten. Saya yakin ini boleh diselesaikan dengan kemas kini perisian saaja. Mari bandingkan peranti ini dengan GT 10 Pro (Dimensity 8050), Redmi Note 12 Pro+ (Dimensity 1080), Poco X5 Pro 5G (Snapdragon 778G) dan iQOO Z7 (Snapdragon 782G).
Geekbench 6
- Tecno Phantom V Flip – 1123/3300
- Infinix GT 10 Pro – 1103/2980
- iQOO Z7 – 1125/3001
- Redmi Note 12 Pro+ 5G – 960 / 2288
- Poco X5 Pro 5G – 781 / 2892
Antutu 3D
- Tecno Phantom V Flip – 673919
- Infinix GT 10 Pro – 592,127
- iQOO Z7 – 588,831
- Redmi Note 12 Pro+ 5G – 463,849
- Poco X5 Pro 5G – 529,942
3D Mark Wild Life Extreme
- Tecno Phantom V Flip – 1313
- Infinix GT 10 Pro – 1,312
- iQOO Z7 – 808
- Redmi Note 12 Pro+ 5G – Tiada
- Poco X5 Pro 5G – Tiada
Bermain permua pada peranti ini masih baik. Tetapi hanya untuk permua yang dipaparkan secara menegak sahaja seperti Monopoly Go dan Marvel SNAP. Permua paparan melintang seperti Asphalt 9 adalah kurang menarik kerana engsel yang lembut dan peranti mudah terlipat ketika sesi bermain. Prestasi walau bagaimanapun masih cukup pantas untuk peranti dalam kategori mampu milik dengan memori hanya 8GB.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_26.jpg)
Saya turut sukakan HiOS yang mempunyai pengurusan memori yang bagus. Misalnya permainan Marvel SNAP, semasa sedang bermain dan menerima notifikasi WhatsApp apabila saya membalas mesej di dalam aplikasi WhatsApp kemudian membuka video YouTube semasa kembali kepada permua tadi ia masih berada di sesi yang sama tanpa memuat semula.
TELEFONI Dan GPS
Peranti saya rasakan mempunyai sokongan isyarat terbaik kerana saya kerap menerima 5G pada kad SIM Maxis saya di pejabat berbanding peranti lain. Sambungan WiFi juga stabil dan panggilan telefon cukup jelas tidak kira dalam mod VoLTE, VoWiFi atau yang biasa. Penggunaan GPS walau bagaimanapun adalah sedikit perlahan untuk mengunci lokasi dan saya perlu tunggu sekitar 30 saat untuk ia memberi arahan selok-belok yang tepat.
KAMERA
Seperti yang saya jangkakan, kualiti kamera pada peranti ini tidak memuaskan. Saya faham yang Tecno cuba membawakan nilai yang berbaloi untuk sebuah telefon flip yang mampu dimiliki. Namun kamera yang ala kadar akan membuatkan pengguna mempersoalkan adakah membelanjakan sekitar RM3000 ini sahaja kemampuan kameranya?
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Tecno-Phantom-V-Flip-Aplikasi-Kamera-scaled.jpg)
Seperti Infinix GT 10 Pro, Phantom V Flip juga adalah peranti kelas pertengahan premium dengan kamera peranti kelas asas. Warna kerap pudar, fokus yang tidak konsisten dan jarang mendapat hasil yang terang serta tajam. Zum juga agak lemah dan pasca proses mengambil masa yang agak lama. Mod malam, sukar untuk saya puji walaupun sudah ada Sky Store seakan ciri pada aplikasi kamera MIUI yang boleh menggantikan langit. Satu sahaja perkara yang saya suka pada kamera peranti ini adalah mod potret yang cukup baik dan kemas.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip-Kamera_02.jpg)
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip-Kamera_10-scaled.jpg)
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip-Kamera_04.jpg)
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip-Kamera_05.jpg)
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip-Kamera_01-scaled.jpg)
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip-Kamera_09-scaled.jpg)
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip-Kamera_06.jpg)
Di bawah ini adalah hasil sudut ultra lebar, kemudian mod utama dan zum 2x yang sedia terbina pada aplikasi kamera. Sekali lagi setiap satu imej butiran nampak bagus tetapi warna yang tidak menyerlah.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip-Kamera_12.jpg)
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip-Kamera_13.jpg)
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip-Kamera_14.jpg)
VIDEO
Jika hasil foto tidak cukup menarik apatah lagi hasil video. Disebabkan itu, Tecno menawarkan mod Film yang membolehkan saya merakam beberapa video pendek. Kemudian sistem AI pada peranti akan menggabungkan semua video tadi dan disunting secara automatik memberi satu hasil yang nampak menarik dan boleh terus dikongsi pada media sosial.
BATERI
Tecno Phantom V Flip hanya mempunyai bateri 4000mAh dengan pengecasan 45W. Tiada sokongan pengecasan nirwayar dan pengecasan pantas hanya menyokong pengecas yang disediakan di dalam kotak. Ia tidak menyokong PD untuk menggunakan pengecas USB-C lain. Masa pengecasan dari 0% ke 100% mengambil masa sekitar 90 minit.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_25.jpg)
Ketahanan bateri pula setakat yang saya uji dalam tempoh dua minggu adalah sekitar 4 jam 30 minit SOT untuk penggunaan yang ringan dan 2 jam 30 minit untuk penggunaan berat. Prestasi bateri peranti ini sangatlah mengecewakan. Ini mungkin kerana aplikasi yang disimpan di latar dan pengurusan memori yang sangat bagus menyebabkan penggunaan kuasa berlebihan.
AUDIO
Speaker juga sekadar ada sahaja. Ia tidak mempunyai bass bagi memberi audio yang lebih dinamik. Jadi setiap kali saya mendengar muzik, menonton video atau bermain permua pasti akan kedengaran sesuatu yang kurang. Ia seakan ada perkara yang tidak mencukupi. Walaupun peranti ini menggunakan sistem speaker stereo DTS, ia tidak memberikan pengalaman audio yang mengasyikkan.
PESAING
Tecno Phantom V Flip | Infinix GT 10 Pro | iQOO Z7 |
6.67″ AMOLED, FHD+, 120Hz | 6.7″ AMOLED, FHD+, 120Hz | 6.64″ IPS LCD, FHD+, 120Hz |
Dimensity 8050 (6nm) 1x 3.0 GHz Cortex-A78 3x 2.6 GHz Cortex-A78 4x 2.0 GHz Cortex-A55 | Dimensity 7050 (6nm) 2x 2.6 GHz Cortex-A78 6x 2.0 GHz Cortex-A55 | Snapdragon 782G (6nm) 1x 2.7 GHz Cortex-A78 3x 2.4 GHz Cortex-A78 4x 1.8 GHz Cortex-A55 |
Mali-G77 MC9 | Mali-G68 MC4 | Adreno 642L |
8GB LPDDR4X 8GB Maya | 12GB LPDDR5 12GB Maya | 8/12 GB LPDDR4x |
256GB IFS 3.1 Mikro SD 1TB | 512 UFS 3.1 | 128/256 UFS 2.2 |
Kamera Utama 108MP f/1.75 OIS (Sudut Lebar) 2MP f/2.4 (Makro) 2MP f/2.4 (Sensor Kedalaman) AI Cam, Super Night | Kamera Utama 200MP f/1.69, OIS (Sudut Lebar) 8MP f/2.2 (Ultra Sudut Lebar) 2MP f/2.4 (Makro) Street Photography Mode, One Take, Super NightScape | Kamera Utama 64MP f/1.79, OIS (Sudut Lebar) 2MP f/2.4 (Kedalaman) Micro Movie, Dynamic Photo, Supermoon |
Kamera Hadapan 32-Megapixel f/2.45 | Kamera Hadapan 32-Megapixel f/2.45 | Kamera Hadapan 16-Megapixel f/2.45 |
Tiada | Tiada | Tiada |
Tiada bicu audio | Tiada bicu audio | Tiada bicu audio |
Audio Stereo | Audio Stereo | Audio Mono |
5000 mAh (Berwayar 45W) | 5000 mAh (Berwayar 100W) | 5000 mAh (Berwayar 120W) |
RM1,119* (8/256GB) *Harga India | RM 1999 (12/512 GB) RM 1499 (8/256 GB) | RM 1299 (8/128 GB) RM 1499 (12/256 GB) |
DALAM KOTAK
Berikut ialah apa yang diterima dalam kotak dengan pembelian.
- 1x Tecno Phantom V Flip
- 1x Kerangka pelindung plastik dengan gegelung besi untuk pegang atau tali untuk gantung pada leher
- 1x Kabel USB-A ke USB-C
- 1x Pengecas 45W
- 1x Set buku panduan/keselamatan
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_15.jpg)
KESIMPULAN
Sebagai seorang yang pernah menggunakan beberapa generasi Samsung Galaxy Z Flip, Tecno Phantom V Flip ini membuatkan saya teringat kepada generasi pertama Z Flip. Ia ringkas, mempunyai ciri yang asas tetapi masih memberi satu pengalaman penggunaan yang menarik. Phantom V Flip menawarkan prestasi yang bagus dengan harga jualan yang kompetitif untuk telefon flip. Cuma dengan kamera yang tidak memuaskan, kualiti binaan yang tidak konsisten seperti luaran premium tetapi engsel longgar – ia mungkin sukar untuk meyakinkan orang ramai membelinya.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip_28.jpg)
Bukan itu sahaja, dengan beberapa penjual telah pun menawarkan Samsung Galaxy Z Flip4 set rasmi Malaysia pada harga lebih kurang sama – saya akan katakan lebih baik beli Samsung kerana perisian yang sangat baik. Apa-apa pun, pada hemat saya Tecno telah cuba menawarkan sesuatu yang ramai penganalisa meramalkan akan berlaku yang kini tersedia untuk orang ramai. Ini baru generasi pertama Tecno, mana tahu jika sambutan yang bagus pada model ini Phantom V Flip2 akan beri nilai yang lebih memuaskan?
Pro
- Rekaan nampak premium.
- Perisian dan prestasi yang bagus.
- Skrin kurang nampak kesan lipatan.
- Harga berpatutan.
Kontra
- Kamera tidak memuaskan.
- Bateri tidak tahan lama.
- Kualiti binaan mencurigakan.
- Tidak tutup rapat dan berpotensi dimasuki habuk.
- Skrin luar yang terlampau asas.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2023/10/Skor-Ulasan-Tecno-Phantom-V-Flip-1.webp)