Nilai Bitcoin Kini Melangkaui $98,000
November 22, 2024
Kewangan
Effi Saharudin
Nilai wang kripto hari ini menerobos $98,000 pula dengan ia melangkaui nilai tertinggi $95,000 yang dicatatkan semalam. Ketika artikel ditulis, nilai satu Bitcoin ialah $98,813 (~RM 441,447) dengan penganalisa meramalkan ia akan melepasi nilai $100,000 sebelum minggu ini berakhir.

Nilai Bitcoin terus mencatatkan peningkatan nilai yang mendadak dibantu oleh polisi mesra kripto yang diumumkan oleh Donald Trump yang akan dilantik menjadi Presiden pada Januari tahun depan. Hanya beberapa minggu lalu nilai Bitcoin tertinggi ialah sekitar $75,000 sahaja dan kini ia sudah meningkat lebih 30%.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.