Google Translate Menguji “Sticky Translation” – Akses Pantas Kepada Mod Penterjemahan Lepas
Fahim Zahar
Penawaran ciri AI generatif di dalam telefon pintar kebanyakannya akan menawarkan ciri penterjemahan. Misalnya Call Assist melalui Galaxy AI pada Samsung boleh menterjemah panggilan telefon, vivo X200 dengan Amplify Intelligence dan banyak lagi. Ini membuatkan penggunaan aplikasi seperti Google Translate semakin berkurangan, tetapi ciri baharu yang akan datang ini mungkin berubah.
Google kerap cuba menawarkan ciri menarik agar pengguna kekal menggunakannya. Misalnya adalah mod dwi-skrin seakan pada peranti Samsung. Ciri baharu ini ini dinamakan sebagai Sticky Translation, di mana ia merupakan satu akses pantas kepada mod penterjemahan lepas yang pernah digunakan. Jika anda menggunakan mod Conversation sejam lepas, kemudian aplikasi ditutup dan apabila dibuka semula mod yang sama akan kekal dipaparkan. Begitu juga dengan pemilihan bahasa dan penggunaan mod-mod lain.

Ia adalah satu kemas kini yang sangat kecil. Untuk saya yang tidak lagi menggunakan peranti Samsung Galaxy Z Flip6, ciri seperti ini akan memudahkan saya untuk mengakses ciri penterjemahan yang kerap digunakan dengan pantas tanpa terhegeh-hegeh mencari butang atau ikon apa perlu ditekan. Ia dijangka akan diedarkan kepada semua pengguna dalam masa terdekat.
[sumber] Android Authority [/sumber]