IQOO 13 Memasuki Pasaran Malaysia Pada 4 Disember 2024
Amy Maizuraa
IQOO telah mengumumkan tarikh pelancaran rasmi peranti mercu baharunya untuk pasaran Malaysia. Ia akan dilancarkan pada 4 Disember 2024 dengan pratempahan dibuka bermula 4 hingga 6 Disember 2024 bersama-sama pelbagai tawaran hebat lain. Ini termasuklah fon telinga IQOO TWS 1e dan waranti IQOO Shield Plus sehingga 3 tahun. Di samping diskaun sebanyak 30% untuk pembelian atas pembelian Vivo Watch 3.

IQOO 13 merupakan peranti mercu berprestasi tinggi dengan cip Snapdragon 8 Elite. Selain itu dilengkapi pilihan memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman 512GB. Butiran lanjut sudah pastinya diumumkan ketika pelancaran kelak yang termasuk harga jualan rasmi di Malaysia. Sebagai rujukan, IQOO 12 sebelum ini sedia dijual di Malaysia pada harga RM3399 dengan pilihan memori 16/512GB.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.