Carian
Samsung Menghentikan Sokong DeX Untuk Windows Pada One UI 7
December 2, 2024 Effi Saharudin

Samsung memberikan sokongan DeX pada PC Windows sejak 2019 menerusi siri Galaxy Note 10. Ciri ini membolehkan kandungan telefon dipaparkan dalam sebuah komputer Windows dan ia memudahkan pemindahan data antara dua peranti. Terkini Samsung mengesahkan menerusi laman rasmi mereka akan menghentikan sokongan ini pada peranti yang menggunakan One UI 7 berasaskan Android 15 kelak.

Pengguna DeX di PC digalakkan berpindah ke aplikasi Link to Windows yang menawarkan pengalaman penggunaan yang sama cuma tanpa antaramuka seakan desktop. Sokongan pada komputer macOS telahpun dihentikan sejak 2021.

Harus ditegaskan hanya DeX di PC ditamatkan sokongannya. Ciri Samsung DeX secara berwayar dan nirwayar masih lagi akan diteruskan pada telefon pintar dan tablet Galaxy terpilih. Pada tablet terkini Samsung, butang mengaktifkan DeX masih lagi disertakan pada papan kekunci fizikal yang dijual.

Komen