Carian
Siri IQOO Neo10 Dilancarkan Dengan Cip Dimensity 9400 Dan Bateri 6100mAh
December 2, 2024 Amy Maizuraa

IQOO telah mengumumkan dua telefon pintar berprestasi tinggi baharu melalui model Neo 10 dan Neo 10 Pro. Kedua-duanya juga mempunyai kekuatan tersendiri dalam menyediakan pilihan menarik untuk segenap pengguna. Berikut dikongsikan spesifikasi penuh untuk kedua-dua peranti baharu IQOO berkenaan.

IQOO Neo 10 Pro menggunakan skrin LTPO AMOLED 1260 x 2800 piksel sebesar 6.78-inci dengan kadar semula 144Hz. Ini digabungkan dengan cip Mediatek Dimensity 9400 (3 nm), memori 12/16GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Di samping menjalankan perisian OriginOS 5 berasaskan Android 15 dengan pelbagai ciri AI terbina yang termasuk Atomic Island. Penggunaan nama Atomic Island digunakan kerana menurut Vivo lebih banyak kawalan aplikasi dapat dilakukan berbanding Dynamic Island. NEO 10 Pro juga dilengkapi kamera utama 50MP (Sony IMX921) + 8MP ultra lebar dengan OIS dan swafoto sebesar 16MP (F/2.5). Diikuti dengan bateri karbon silikon 6100 mAh dengan sistem pengecasan pantas berwayar 120W.

IQOO Neo 10 juga dilengkapi skrin LTPO AMOLED 6.78-inci dengan kadar segar semula 144Hz. Ini digabungkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 (4 nm) dengan memori 12/16GB RAM dan storan dalaman mencapai 1TB. Bateri karbon silikon sebesar 6100 mAh dengan pengecasan pantas 120W juga disertakan. Sementara itu sistem kamera utama terdiri dengan 50MP (f/1.8) + 8MP ultra lebar dan swafoto sebesar 16MP (f/2.5). Lain-lain spesifikasi termasuk pengimbas cap jari ultrasonik, pembesar suara stereo, port USB-C dan NFC.

Harga jualan peranti bermula CNY 2,399 (~RM1,473) (IQOO Neo 10) dan CNY 3,199 (~RM1,964) (IQOO Neo10 Pro) sebuah. Tiada butiran mengenai ketersediaan di Malaysia yang diketahui buat masa ini. Namun mereka dalam persediaan hadir dengan IQOO 13 pada minggu ini.

Komen