Carian
Spesifikasi Penuh Peranti X9c Smart 5G Disenaraikan Melalui Laman Web Rasmi Honor Malaysia
December 4, 2024 Amy Maizuraa

Honor akan melancarkan telefon pintar X9c Smart 5G baharu di Malaysia pada minggu hadapan. Ia bukan sahaja direka dengan rekaan nipis dan ringan malahan tahan lasak melalui penggunaan bahan lebih berkualiti tinggi. Selain itu dikatakan menjadi model lebih mampu milik buat Honor X9c 5G sedia ada.

Honor X9c 5G Smart Ocean Cyan

Bukan lagi rahsia apabila spesifikasi penuh peranti ini kini disenaraikan melalui laman web rasmi Honor Malaysia. Melaluinya skrin TFT LCD FHD+ sebesar 6.8-inci dengan kadar segar semula 120Hz digunakan. Ini dipadankan dengan cip MediaTek Dimensity 7025-Ultra, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Selain turut menjalankan perisian MagicOS 8.0 (berasaskan Android 14) yang menyediakan pelbagai ciri AI terbina seperti AI Motion Sensing Capture, AI Eraser, Magic Portal, Magic Capsule dan Parallel Space.

Honor X9c 5G Smart Moonlight White

Turut disertakan adalah dwi-kamera utama 108MP + 5MP lebar, swafoto 16MP dan bateri 5800mAh yang menyokong pengecasan berwayar 35W. Pada masa yang sama peranti mempunyai pengimbas cap jari atas ultrasonic, NFC, bluetooth 5.3 dan port USB-C. Satu-satunya persoalan masih belum terjawab hanyalah harga jualan rasmi yang sudah tentulah diumumkan selepas pelancaran rasmi kelak.

Komen