Carian
Spotify Wrapped 2024 – Siti Nurhaliza dan Taylor Swift Kekal Ratu Muzik Paling Popular Di Malaysia
December 4, 2024 Effi Saharudin

Spotify Wrapped 2024 kini boleh diakses semua pengguna global sebentar tadi dengan ia memaparkan carta peribadi setiap pengguna sepanjang tahun ini. Seperti kelaziman, Spotify turut melancarkan senarai artis paling popular, lagu paling popular, artis tempatan paling popular dan lagu artis tempatan paling popular untuk Malaysia.

Sekali lagi Siti Nurhaliza menjadi ratu carta akhir tahun untuk artis tempatan paling banyak distrim 2024. Beliau mengalahkan Masdo, Project Band dan Insomniaks. Sementara itu artis paling banyak di strim di Malaysia sekali lagi ialah Taylor Swift yang mengalahkan Ariana Grande, The Weeknd dan Bruno Mars.

Sementara itu lagu tempatan yang paling banyak distrim ialah SAH oleh Sarah Suhairi dan Alfie Zumie. Dalam kategori lagu paling banyak distrim di Malaysia pula ialah Drunk Text oleh Henry Moodie. Senarai lengkap carta 10 teratas Spotify Wrapped adalah seperti di bawah.

Artis Tempatan Paling Banyak Distrim 2024

  1. Siti Nurhaliza
  2. Masdo
  3. Projector Band
  4. Insomniacks
  5. Ernie Zakri
  6. Sufian Suhaimi
  7. Hyper Act
  8. Firdhaus
  9. Wings
  10. Aizat Amdan

Lagu Tempatan Paling Banyak Distrim 2024

  1. SAH -Sarah Suhairi dan Alfie Zumi
  2. Hasrat (OST Imaginur) – Amir Jahari
  3. Angau – Fahimi
  4. Masing-Masing – Ernie Zakri dan Ada Govinda
  5. Penjaga Hati -Nadhif Basalamah
  6. Pujaanku – Masdo dan Aisyah Aziz
  7. Sangkar Derita – Haqiem Rusli
  8. Dawai – Fadhilah Intan
  9. Chentaku – Zizan Razak dan Sonaone
  10. Pergilah Cina – Danial Kifili

Artis Paling Banyak Distrim di Malaysia 2024

  1. Taylor Swift
  2. Ariana Grande
  3. The Weeknd
  4. Bruno Mars
  5. Bilie Eilish
  6. SZA
  7. Justin Bieber
  8. Sabrina Carpenter
  9. Jay Chou
  10. BTS

Lagu Paling Banyak Distrim di Malaysia 2024

  1. Drunk Text – Henry Moodie
  2. Birds of a Feather – Billie Eilish
  3. We Can’t Be Friends (Wait for Your Love) – Ariana Grande
  4. One of The Girls – The Weeknd, Jennie dan Lily Rose Depp
  5. Penjaga Hati -Nadhif Basalamah
  6. Die With A Smile – Bruno Mars dan Lady Gaga
  7. Espresso – Sabrina Carpenter
  8. My Love Mine All Mine – Mitski
  9. Masing-Masing – Ernie Zakri dan Ada Govinda
  10. End of Beginning – Djo
Komen