MSI telah melancarkan dua model konsol PC baharu melalui Claw 8 AI+ dan Claw 7 AI+. Kedua-dua model diberikan naik-taraf menarik termasuk prestasi dan hayat bateri yang lebih baik. Selain itu mempunyai sokongan CoPilot+ terbina dalam di mana menetapkan standard baharu untuk segmen permainan mudah alih. MSI turut mengemaskini rekaan dengan menampilkan butang analog serba baharu. Di samping memanfaatkan teknologi Cooler Boost HyperFlow, sistem dwi-kipas, dwi-paip haba untuk pengalaman permainan terbaik.
Menghurai lebih mendalam tentang spesifiasi, MSI Claw 8 AI+ dilengkapi skrin IPS FHD+ (1920 x 1200) sebesar 8-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabungkan dengan CPU Intel Core Ultra 7 processor 258V, GPU Intel Arc 140V dan perisian Windows 11 Home. Kemudian dipadankan dengan memori 32GB LPDDR5x-8533 dan storan sehingga 1TB PCIe Gen4 SSD. Bateri 80Whr digunakan juga menyokong sistem pengecasan 65W USB Type-C PD 3.0. Pilihan I/O pula terdiri dengan 2 x Thunderbolt 4 / DP/ USB Type-C (w/ PD 3.0 Charging), 1 x pembaca kad microSD, 1 x bicu audio dan 1 x butang kuasa yang diintegrasi dengan pengimbas cap jari.
MSI Claw 7 AI+ (A2VM) pula dilengkapi skrin IPS FHD+ sebesar 7-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan dengan CPU Intel Core Ultra 7, GPU Intel Arc 140V, memori 32GB LPDDR5x-8533, storan 1TB PCIe Gen4 SSD dan perisian Windows 11 Home. Bateri 54.5Whr turut digunakan dengan sistem pengecasan pantas 65W USB Type-C PD 3.0. Pilihan I/O pula terdiri dengan 2 x Thunderbolt 4 / DP/ USB Type-C (w/ PD 3.0 Charging), 1 x pembaca kad microSD, 1 x bicu audio dan 1 x butang kuasa yang di integrasi dengan pengimbas cap jari.
MSI Claw 8 AI+ dijual pada harga USD 899 (~RM3996), manakala MSI Claw 7 AI+ pula berharga USD 799 (~RM3551). MSI masih belum mengumumkan model baharu untuk pasaran Malaysia setakat ini.