Carian
NVIDIA App Menggantikan GeForce Experience Secara Rasmi Dengan Kemaskini Terbaru
December 6, 2024 Nazrin

Untuk anda yang menggunakan komputer desktop ataupun komputer riba dengan kad grafik NVIDIA, kemaskini terbaru pada perisian GeForce Experience anda akan meminta anda untuk kini memuat-turun dan menggunakan NVIDIA App bermula hari ini.

Perkara ini juga sudahpun kami laporkan sebelum ini, dimana NVIDIA sudahpun menetapkan untuk menggantikan kedua-dua perisian GeForce Experience dan NVIDIA Control Panel dengan aplikasi NVIDIA App.

Untuk pengguna yang belum bertukar kepada aplikasi tersebut, anda boleh membuka aplikasi GeForce Experience yang sudahpun dipasang, dan kemaskini terbaru daripada NVIDIA akan memuat-turun perisian pemasang NVIDIA App secara automatik.

Kelebihan paling jelas yang dapat diperlihatkan pada aplikasi NVIDIA App ialah pengguna tidak lagi perlu melog masuk kedalam platform media sosial untuk mendapatkan kemaskini perisian pemandu grafik yang terbaru, dan semua tetapan berkaitan kad grafik anda dapat diakses dari tempat yang sama juga.

Komen