Carian
Cip Kuantum Google Willow Menyelesaikan Masalah 10 Septilion Tahun Dalam Masa 5 Minit
December 10, 2024 Effi Saharudin

Google mengumumkan cip kuantum terkini mereka Willow yang menurut mereka boleh menyelesaikan masalah yang memerlukan superkomputer kedua terpantas dunia Frontier 10,000,000,000,000,000,000,000,000 (10 septilion) tahun dalam masa kurang lima minit. 10 septilion tahun ialah lebih tua daripada usia alam semesta.

Willow dengan kemampuan 105 qubit mampu mengurangkan ralat secara eksponen apabila menggunakan lebih banyak qubit, menyelesaikan cabaran utama dalam pembetulan ralat kuantum. Willow adalah langkah seterusnya dalam perjalanan Google untuk membina komputer kuantum berskala besar yang berguna. Ia adalah peningkatan ketara berbanding cip kuantum pertama mereka Sycamore yang berkemampuan 53 qubit.

Google optimis bahawa cip Willow boleh membantu mencapai pengiraan berguna yang mampu menandingi kemampuan komputer klasik. Google turut mengajak penyelidik, jurutera, dan pembangun untuk menyertai usaha mereka dengan menggunakan perisian sumber terbuka yang telah dibangunkan.

Komen