Peranti Honor GT Baharu Akan Tiba Bulan Ini
Amy Maizuraa
Honor memaklumkan peranti baharu di bawah rangkaian model GT akan tiba di China pada Disember ini. Ia semestinya menjadi pengganti bagi Honor 90 GT selain turut dilihat tiada lagi penjenamaan nombor untuk kali ini sebaliknya hanya dikenali sebagai telefon pintar baharu Honor GT.

Rekabentuk juga diperlihatkan melalui gabungan bingkai sisi, panel belakang dan skrin hadapan sejenis rata. Selain itu mempunyai bonggol kamera tebal yang memuatkan sistem dwi-kamera utama bersama penjenamaan GT. Peranti turut boleh didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.
Butiran tentang perkakasan masih terhad dengan peranti akan mempunyai kamera utama 50MP dengan OIS, memori 12GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB. Memandangkan siri ini sering tertumpu pada prestasi sekurang-kurangnya cip Snapdragon 8 Gen 3 boleh digunakan yang menjadi susulan kepada Snapdragon 8 Gen 2 pada Honor 90 GT sebelum ini.