Carian
Malaysia Diantara Negara Di Dunia Dengan Penggunaan Protokol IPv6 Tertinggi
December 10, 2024 Nazrin

Beberapa bulan lalu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia telah membuat pengumuman bahawa Malaysia kini sedang berada dalam proses peralihan ke menggunakan alamat digital IPv6 menjelang 2028 kelak.

Perkara ini akan dilakukan untuk membolehkan infrastruktur internet dan digital di Malaysia terus berkembang dengan penambahan alamat IP yang terhad daripada teknologi IPv4 (dari sekitar 4.3 bilion alamat) ke IPv6 yang menawarkan jumlah alamat IP yang jauh lebih banyak (3.4 x 1038 alamat IP).

Terkini, Cloudflare, syarikat pengendali infrastruktur rangkaian internet global baru-baru ini telah mengeluarkan laporan berkenaan penggunaan internet global pada tahun 2024, dan memperlihatkan beberapa butiran menarik mengenai pencapaian Malaysia dalam sektor ini.

Mereka melaporkan bahawa permintaan dual-stack request (permintaan untuk berkomunikasi dengan alamat-alamat IP menggunakan kedua-dua teknologi IPv4 dan IPv6 sekaligus) dari Malaysia memperlihatkan peningkatan kepada 59.6 peratus menggunakan protokol IPv6, naik dari 57.3 peratus dari tahun sebelumnya.

Ini sedikit sebanyak memperlihatkan bahawa penyedia rangkaian internet di Malaysia sudah mula untuk beralih kepada penggunaan protokol IPv6, sejajar dengan pengumuman daripada pihak SKMM. Dalam aspek ini, Malaysia dilihat tewas hanya kepada India sahaja, yang mana peratusan penggunaan protokol IPv6 adalah setinggi 68.9 peratus.

Ini adalah kerana Reliance Jio, pengendali perkhidmatan internet terbesar di India dimana 94 peratus daripada rangkaian mereka menggunakan protokol IPv6.

Komen