Menghasilkan sebuah filem dengan telefon pintar tidak mustahil jika ada bakat tertentu dan aksesori penting yang diperlukan. Filem Hollywood banyak sahaja yang dirakam dengan iPhone seperti yang diarahkan oleh Steven Soderbergh atau Zack Snyder. Terbaru, satu filem Hollywood berskala besar telah disahkan dirakam sepenuhnya dengan iPhone.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/28-Years-later-dirakam-dengan-iPhone-15-Pro-Max-01.webp)
Filem ini adalah 28 Years Later, iaitu filem ketiga selepas 28 Weeks Later. Danny Boyle dan Alex Garland kembali untuk filem ini selepas menjayakan filem pertama 28 Days Later. Menurut laporan WIRED, Boyle menggunakan beberapa unit iPhone 15 Pro Max. iPhone dipilih kerana pencipta filem menggemari hasil rakaman Log peranti ini.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/Beastagrip-iPhone-15-Pro-Max.webp)
Sudah semestinya, untuk filem mereka tidak akan menggunakan iPhone begitu sahaja. iPhone 15 Pro Max yang digunakan disambungkan kepada kerangka khas dengan lensa kamera profesional seperti dari ARRI. Pembangunan filem 28 Years turut menggunakan beberapa kamera aksi dipasang pada haiwan, ia mungkin adalah GoPro kerana mereka haiwan ini digelar sebagai GoatPros.
Bagi yang tertanya apakah prosesnya dan bagaimana? iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max sedia menyokong rakaman video Log 4K ProRes 60FPS. Untuk rakaman jangka masa panjang, fail boleh disimpan terus ke storan luaran melalui sambungan USB-C pada peranti. 28 Years Later kini secara tidak langsung menjadi filem Hollywood dengan bajet paling tinggi ($75 juta, ~RM331.8 juta) dirakam sepenuhnya dengan telefon pintar.