Beberapa hari lalu kami ada melaporkan bahawa Microsoft dilihat akan memperkenalkan kembali keperluan untuk menggunakan komputer yang hadir dengan cip TPM 2.0 terbina untuk memasang sistem operasi Windows 11 untuk tujuan keselamatan.
Terkini, mungkin kerana mereka telah melihat banyak keluhan tentang keperluan untuk menaiktarafkan komputer mereka dengan perkakasan terbaru, Microsoft dilihat telah mengeluarkan kenyataan bahawa pengguna akan dibenarkan untuk melakukannya, tetapi dengan kaveat tertentu.
Jika seorang pengguna cuba untuk memasang sistem operasi pada sebuah komputer riba yang tidak mempunyai spesifikasi yang disokong, amaran ini akan diberikan sebelum mereka teruskan dengan pemasangan tersebut:
This PC doesn’t meet the minimum system requirements for running Windows 11 – these requirements help ensure a more reliable and higher quality experience. Installing Windows 11 on this PC is not recommended and may result in compatibility issues. If you proceed with installing Windows 11, your PC will no longer be supported and won’t be entitled to receive updates. Damages to your PC due to lack of compatibility aren’t covered under the manufacturer warranty. By selecting Accept, you are acknowledging that you read and understand this statement.
Dengan kenyataan ini, Microsoft nampaknya akan membenarkan pengguna untuk memasang sistem operasi tersebut pada mana-mana PC yang pengguna mahukan, tetapi sekiranya ia dipasang pada sistem yang tidak disokong, Microsoft tidak lagi akan bertanggungjawab tentang apa-apa perkara buruk yang akan berlaku, dan PC tersebut tidak akan menerima kemaskini ciri dan juga sekuriti dari Microsoft.
Microsoft juga mengatakan bahawa selepas Windows 11 dipasang pada PC yang “tidak disokong” ini, tera air akan tertera di skrin sama seperti jika anda tidak mengaktifkan lesen Windows 11, tetapi fungsi-fungsi sedia ada boleh dimanfaatkan seperti biasa.
Jika anda masih menggunakan sistem operasi Windows 10, anda boleh menggunakan perisian PC Health Check untuk melihat samada komputer anda cukup baru untuk dinaiktaraf ke sistem operasi Windows 11. Sistem operasi Windows 10 akan ditamatkan perkhidmatan dan kemaskininya pada 14 Oktober 2025.