Carian
Meizu 22 Akan Dilancarkan Dengan Snapdragon 8 Elite Extreme Dan Butang Fizikal AI
December 11, 2024 Fahim Zahar

Meizu kembali aktif baru-baru ini, meneruskan janji mereka untuk mengembangkan penawaran produk terpilih di Malaysia. Meizu 21, siri Note 21 dan Mblu 21 telah pun mula dijual minggu ini dan kereta EV tempatan pertama iaitu Proton e.MAS7 turut menjalankan sistem inforia berasaskan Flyme Auto. Terbar, informasi mengenai Meizu 22 pula didedahkan.

Menurut peniris terkenal Wisdom Pikachu dari China, Meizu 22 akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Edition. Peranti turut akan menggunakan skrin rata bersaiz besar dengan bezel berwarna putih. Seperti Xiaomi dengan ekosistem HyperOS Human x Car x Home. Meizu ada ekosistem Smartphone + XR + Smart Car yang turut akan memudahkan Meizu 22 digunakan bersama kenderaan dengan inforia Flyme.

Menariknya, seperti pengumuman Meizu tahun peas yang tidak akan mengeluarkan telefon pintar – Meizu 22 dikatakan adalah peranti AI. Disebabkan itu, satu butang fizikal khusus untuk AI akan disertakan. Fungsi butang ini masih tidak pasti untuk menyeru pembantu maya atau seakan Visual Intelligence pada iPhone dengan Camera Control. Sama-sama kita nantikan.

Komen