Google Pixel 9a adalah salah satu daripada 5 peranti yang dijangka akan dilancarkan pada tahun 2025. Pixel 9a sudah pun tertiris sebelum ini dengan rekaan tanpa bar kamera dan rata sepenuhnya. Terbaru, spesifikasi peranti ini pula telah tertiris.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/Pixel-9a-Imej-Pengolokan-Tertiris-03.webp)
Seperti biasa, siri Pixel A adalah versi murah kepada peranti mercu mereka. Jadi Pixel 9a turut akan menggunakan cip Tensor G4 yang sama pada Pixel 9. Cuma, kali ini bateri yang digunakan adalah lebih besar iaitu mungkin mencapai 5100mAh. Peranti ini juga tidak akan menyokong ciri komunikasi satelit kerana tidak menggunakan modem Exynos Modem 5400.
Pixel 9a juga adalah peranti yang sedikit lebih besar berbanding Pixel 8a. Ia mungkin menggunakan skrin 6.3-inci, OLED 120Hz, Gorilla Glass 3-clad dan kecerahan mencapai 2700 nits. Untuk kamera, sensor yang akan digunakan adalah 48+13 Megapixel. Peranti juga akan menyokong kemas kini sehingga 7 tahun dan Malaysia tersenarai sebagai salah satu negara yang akan menawarkan peranti ini.
![](https://amanz.my/wp-content/uploads/2024/12/Pixel-9a-Imej-Pengolokan-Tertiris-02.webp)
Harga jualan dijangka adalah $499 dengan pilihan satu memori iaitu 8/256 GB. Harapnya harga jualan adalah sekitar RM1,999 dan bukan mencapai lebih RM2,200 – jika tidak sukar untuk peranti ini laris di pasaran Malaysia.