Carian
Ujian Beta Nothing OS 3.0 Mula Disokong Pada CMF Phone 1
December 12, 2024 Fahim Zahar

Nothing OS 3.0 adalah sistem operasi AI berasaskan Android 15 untuk peranti-peranti mereka yang telah dilancarkan. Ia ditawarkan secara berperingkat dalam bentuk beta sebelum tiba kepada peranti terpilih untuk awal tahun 2025. Terbaru, peranti Nothing paling murah mula menerima kemas kini ini.

Pastikan Nothing OS 2.6 terkini telah dipasang

CMF Phone 1 adalah peranti kelas asas Nothing dengan ciri lebih kurang sama pada peranti Nothing Phone. Peranti ini mula menyokong Nothing OS 3.0 dengan ciri AI pada talam aplikasi, widget pembaca AI, antaramuka lebih kemas, pengalaman seakan Android stok tetapi dengan lebih banyak kebolehan kustomasi dan juga kemas kini kamera yang lebih baik.

Dari segi keselamatan, sekuriti dan prestasi yang lancar secara konsisten turut dapat dinikmati pada peranti ini. Untuk mengemaskini ke Nothing OS 3.0, muat turun fail APK ini dan terus ke tetapan sistem peranti untuk mula menaiktaraf.

Kini giliran Nothing Phone (1) dan Phone (2a) Plus sahaja yang belum menerima kemas kini beta Nothing OS 3.0. Nothing turut telah mengesahkan yang versi stabil nanti akan terhad kepada Nothing Phone (2) dan Phone (2a) terlebih dahulu.

Komen