Carian
Meta Melancarkan Kempen Kesedaran Penipuan Global Perangi Scammer
December 12, 2024 Amy Maizuraa

Hujung tahun lazimnya menjadi musim percutian dan peluang membeli-belah tanpa had. Namun ia juga boleh menjadi situasi di mana kes jenayah siber dan juga penipuan berlaku secara berleluasa. Meta menyedari hal tersebut dan memainkan peranan dalam memerangi penipuan dengan melancarkan kempen kesedaran penipuan Global.

Siber Sekuriti Mangga

Antara penipuan yang sering berlau sewaktu membeli belah secara dalam talian ialah iklan yang mengelirukan, di mana menjanjikan harga tawaran yang terendah dan tidak memperoleh produk seperti mana yang diiklankan. Ini boleh berlaku melalui pelbagai platform media sosial seperti WhatsApp, Facebook, Instagram dan banyak lagi yang turut boleh mencuri data peribadi, malah lebih teruk melakukan pengubahsuaian data.

Dalam menangani isu ini, Meta menambahbaik aplikasi dengan beberapa fungsi anti-scam baharu. Ini termasuk menyediakan pengguna keupayaan melihat lebih banyak maklumat tentang pemilik akaun WhatsApp apabila ditambah ke dalam Group oleh kenalan yang tidak dikenali.

Pembelajaran mesin (ML) turut memainkan peranan penting dalam pengujian sistem bagi tujuan mengingatkan pengguna khususnya Instagram lebih cakna terhadap sebarang interaksi yang berpotensi mencurigakan. Selain turut melancarkan notifikasi amaran khusus untuk pengguna jika mesej diterima berbaur penipuan terutamanya di Facebook Marketplace.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk melindungi pengguna Malaysia daripada penipuan, Meta turut pernah menganjurkan beberapa kempen kesedaran penipuan yang mempromosikan keselamatan dalam talian.

Antaranya seperti We Think Digital program yang memperkasakan belia dengan pengetahuan untuk menangani penipuan. Creatos IRL pula melibatkan lebih 30 pencipta kandungan untuk mempromosikan keselamatan dalam talian. Diikuti juga pelaksanaan kempen #TakNakScam bagi tujuan membantu orang awam untuk lebih berhati-hati terhadap ancaman jenayah siber.

Komen