Carian
Samsung Sedang Bangunkan “Project Moohan” – Set Kepala Android XR Pertama
December 13, 2024 Aman

Selari perkongsian Google berkenaan pelancaran Android XR, pihak Samsung turut berkongsi secara ringkas berkenaan peranti yang sedang dibangunkan oleh mereka, kini dikenali dengan nama kod “Project Moohan”. Untuk makluman, “Moohan” membawa maksud “Infiniti” dalam bahasa Korea.

Project Moohan ini adalah sebuah set kepala yang mengabungkan arena realiti-maya, realiti-gabungan, dan dunia AR. Menggunakannya, Samsung mengatakan pengguna dengan mudah boleh menjelajah melalui Google Maps, menikmati kandungan YouTube, atau melakukan sejumlah tugasan dengan bantuan Gemini.

Set kepala berkenaan juga dikatakan ringan dan selesa untuk dipakai. Berbeza dengan penawaran produk realiti maya sebelum ini, integrasi Gemini dijangka akan membawa kepada sejumlah perbezaan dari segi pengalaman penggunaan.

Samsung menyasarkan untuk memperkenalkan set kepala pertama ini pada tahun 2025 kelak. Sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan dengannya tidak lama lagi.

Komen