Carian
Huawei Nova 13 Pro Dan Nova 13 Turut Akan Ke Pasaran Malaysia
December 13, 2024 Amy Maizuraa

Nampaknya bukan hanya Huawei Mate X6 malahan dua peranti baharu di bawah siri Nova turut akan ditawarkan di Malaysia. Peranti dimaksudkan adalah Huawei Nova 13 dan Huawei Nova 13 Pro yang menawarkan spesifikasi kelas pertengahan.

Huawei Nova 13 Pro dilengkapi skrin OLED FHD+ sebesar 6.76-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Tiada maklumat mengenai cip pemprosesan tetapi memori 12GB RAM, storan dalaman 512GB dan perisian EMUI 14.2 ditawarkan pada peranti. Sistem tri-kamera digunakan terdiri dengan 50MP f/1.4~f/4.0 dengan OIS, 48MP telefoto makro dan 40MP ultra sudut lebar f/2.2. Selain itu mempunyai kamera swafoto 60MP + 8MP (potret). Bateri adalah sejenis silikon-karbon sebesar 5000mAh yang boleh dicas melalui pengecasan pantas 100W dan port USB-C.

Huawei Nova 13 pula menggunakan skrin OLED FHD+ 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ia juga menawarkan memori 12GB RAM, storan dalaman 512GB dan perisian EMUI 14.2. Dwi-kamera 50MP (f/1.9) utama + 8MP (f/2.2) ultra-lebar berserta kamera swafoto 60MP (f/2.4) turut digunakan pada peranti Nova 13. Bateri adalah sejenis silikon-karbon sebesar 5000mAh yang boleh dicas melalui pengecasan pantas 100W dan port USB-C.

Siri baharu ini juga menyokong fungsi tambahan lain seperti imbasan cap jari di skrin, NFC dan pembesar suara stereo. Harga jualan rasmi masih dirahsiakan sehingga pelancaran rasmi kelak. Apa yang pasti hadiah bernilai hingga RM948 disediakan untuk setiap pembelian peranti ini. Nantikan kemas kini selanjutnya daripada kami menerusi artikel akan datang.

Komen