Permua Squid Game: Unleashed telah diumumkan sebelum ini dengan adalah permainan battle royale yang bertemakan siri Netflix yang cukup popular ini. Di acara The Game Awards pagi tadi, Neflix mengumumkan permua ini boleh dimuat turun secara percuma kepada semua.
Ini adalah berbeza dengan permua lain Netflix Games sebelum ini yang memerlukan langganan sebelum kepada perkhidmatan Netflix sebelum boleh dimainkan. Pemain akan mengawal satu watak dan kemudian cuba untuk melepasi setiap permainan Squid Games seperti Red Light Green Light dengan tujuan untuk menjadi peserta terakhir yang tidak mati.
Squid Game Unleashed boleh dimuat turun di peranti Android dan iOS pada 17 Disember depan. Ia dilihat sebagai usaha untuk mempromosikan musim kedua Squid Game yang akan tiba ke Netflix pada 26 Disember nanti.