Drama Korea Yang Menjana Netflix RM3.7 Bilion Bakal Melancarkan Permua 17 Disember Ini
Fahim Zahar
Squid Game adalah drama bersiri Korea Selatan yang popular pada tahun 2021. Ia amat popular sehingga Netflix disaman oleh penyedia Internet akibat peningkatan Netflix. Walaupun begitu, disebabkan populariti drama ini Netflix telah menjana pendapatan sebanyak RM3.7 bilion. Terbaru, mereka bakal melancarkan permainan video khas berasaskan drama ini.
Melalui Netflix Games, Squid Game: Unleashed akan dilancarkan pada 17 Disember. Permua ini merupakan satu permainan pertempuran royal (Battle Royale) yang memerlukan pemain menggunakan “naluri pembunuh” dalam diri bagi memenangi pelbagai cabaran yang boleh memutarbelitkan keadaan. Permainan yang sama dari dalam Squid Game seperti Red Light, Green Light, rentas jambatan kaca, dan pelbagai lagi dengan bertempur bersama sehingga 32 pemain berbeza.

Permainan ini dibangunkan sepenuhnya oleh Netflix Game Studio dan adalah percuma untuk pengguna Netflix dengan langganan yang masih aktif. Permainan ini akan tiba seminggu sebelum drama bersiri Squid Game musim kedua disiarkan di Netflix.
[download] Pra-daftar Squid Game: Unleashed di Play Store [/download]
[download] Pra-daftar Squid Game: Unleashed di App Store [/download]
[sumber] Netflix [/sumber]