Realme C65 telah dilancarkan di Malaysia pada bulan Julai yang lalu. Ia merupakan peranti dengan fokus terhadap rekaan serba baharu, sistem pengecasan pantas dan kamera utama 50MP. Peranti kini dijual pada RM649 sebuah iaitu pengurangan dari harga asalnya RM699.
Realme C65 menggunakan skrin sebesar 6.67-inci digunakan dengan kadar segar semula 90Hz. Ia juga dijana dengan cip MediaTek Helio G85 yang bermakna tiada sokongan 5G diberikan. Pilihan memori terdiri dengan 8GB RAM dan storan 256GB selain dimuatkan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 45W. Tetapan kamera terdiri dengan 50MP + 2MP untuk utama dan swafoto sebesar 8MP.