Bluesky memperlihatkan peningkatan pengguna secara mendadak sejak kebelakangan ini, apatah lagi sejak X digunakan oleh Elon Musk untuk berkempen untuk Donald Trump. Terbaru, Bluesky dilihat telah mencapai lebih 25 juta pengguna berdaftar di platform mereka.
Bluesky memposisikan platform mereka sebagai platform yang memudahkan berpindah ke pelayan lain dan membawa data bersama-sama dengannya – sekaligus memberikan lebih kawalan kepada pengguna, sekiranya sesuatu platform mengalami perubahan drastik seperti berlaku pada Twitter sebelum ini.
Bagi anda yang mempunyai akaun Bluesky, boleh ikuti Amanz di sana untuk pelbagai kemaskini terkini. Selain Bluesky, anda turut boleh mencuba satu lagi perkhidmatan baharu, Daun.