Pelancaran produk baharu Huawei minggu ini turut menampilkan fon telinga premium baharu FreeBuds Pro 4. Ia menjadi kesinambungan untuk Huawei FreeBuds Pro 3 yang diumumkan tahun lalu. Malah mempunyai spesifikasi lebih tinggi dan canggih untuk memenuhi keinginan pengguna moden.
FreeBuds Pro 4 juga menggunakan pemandu audio 11mm dengan pad sesentuh pada bahagian sisi. Sebagai contoh untuk memainkan lagu, menjedakan lagu, menukar lagu, menyeru pembantu suara dan menjawab panggilan. Setiap putik audio juga menyokong teknologi Huawei Sound serba baharu dan bukannya Devialet seperti sebelum ini. Selain itu mempunyai AI Noise Cancellation dan High-Sensitivity Bone-Conducting Microphone.
Di mana mampu membezakan diantara suara manusia dan bunyi persekitaran dengan baik, seterusnya mengasingkan suara dan bunyi bising yang boleh menganggu pendengaran. Terdapat juga sokongan audio resolusi tinggi boleh dilakukan menerusi codec SBC, AAC, L2HC 4.0 dan LDAC. Setiap putik audio juga boleh beroperasi sehingga 6.5 jam tanpa ANC dan 4.5 jam dengan ANC. Melalui bantuan pod pengecas pula pengguna boleh menikmati audio sehingga 33 jam sekali caj.
Harga jualan rasmi masih dirahsiakan sehingga pelancaran rasmi kelak. Apa yang pasti hadiah bernilai hingga RM327 disediakan untuk setiap pembelian fon telinga ini. Nantikan kemas kini selanjutnya daripada kami menerusi artikel akan datang.