Carian
Samsung Galaxy S25 Dijangka Dilancarkan Pada 22 Januari 2025
December 16, 2024 Aman

Menjelang tahun baru 2025, semestinya salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah pengenalan telefon pintar mercu baharu oleh Samsung. Sebelum ini, Samsung telah memperkenalkan kemaskini untuk keluarga siri Galaxy S pada Januari, dan perkara berkenaan dijangka diteruskan untuk tahun 2025.

Mengikut desas-desus yang hadir ke arena web, Samsung dijangka memperkenalkan peranti mereka pada 22 Januari 2025. Peranti berkenaan dijangka akan terus memberikan lebih penekanan kepada integrasi kecerdasan buatan, termasuk menawarkan kemaskini kepada fungsi Bixby.

Disamping itu, terdapat juga kemungkinan Samsung memperlihatkan peranti pertama menggunakan Android XR pada acara tersebut.

Buat masa ini, belum ada sebarang pengesahan daripada pihak Samsung. Dengan berbaki sekitar sebulan, mungkin kita mendengar mengenai acara Galaxy Unpacked seterusnya dalam masa terdekat ini.

Komen