Carian
Google Play Store Akan Membuang Ciri Perkongsian Aplikasi Terbina
December 17, 2024 Fahim Zahar

Biasanya, jika anda mempunyai satu aplikasi menarik pada peranti sendiri dan ingin kongsi bersama rakan anda akan hantar tangkapan layar atau terus berikan pautan ke gedung aplikasi. Dalam peranti Android, Play Store sendiri menawarkan ciri Share apps yang menggunakan Quick Share untuk mudah kongsi pautan aplikasi. Ciri ini akan ditamatkan tidak lama lagi.

Dalam Google Play Store 44.1, Google menyatakan ciri ini akan dibuang. Tiada sebab diberikan kenapa, tetapi pengguna yang memanfaatkan ciri ini kini boleh menggunakan aplikasi Files bu Google sebagai alternatif. Dalam Files, tab Aplikasi turut membenarkan pengguna kongsi aplikasi dengan Quick Share.

Idea Share Apps di Play Store pada asalnya adalah untuk memudahkan perkongsian aplikasi dengan pengguna Android lain di saat ketiadaan WiFi atau sambungan data mudah alih. Namun dengan penggunaan lebih kurang sama tersedia pada aplikasi lain, Google mungkin ingin meningkatkan jumlah pengguna padannya. Apa pendapat anda?

Komen