Carian
Netflix Moments Yang Memudahkan Perkongsian Babak Menarik Kini Di Android
December 18, 2024 Fahim Zahar

Masalah besar pada aplikasi penstriman video adalah pengguna tidak dibenarkan melakukan tangkapan layar jika ingin kongsi detik menarik dari mana-mana babak. Ini kerana kandungan dilindungi dan Netflix Moments adalah jalan penyelesaian untuk perkara ini.

Dua bulan lepas, Netflix Moments diperkenalkan untuk pengguna iOS di mana mereka boleh kongsi babak menarik terus ke media sosial. Pengguna turut boleh kongsi di platform lain termasuk menyalin teks dan pautan. Setiap Moments kemudiannya disimpan dalam tab My Netflix untuk akses mudah detik yang pernah dikongsi atau menonton semula dari minit kegemaran yang telah disimpan.

Dalam cubaan saya, apabila tekan pautan Moments yang dikongsi dengan pantas ia terus memainkan video pada detik yang betul. Cuma, imej kenit pada Moments mungkin tidak tepat atau ia akan memaparkan terus poster kandungan tersebut.

Ciri ini kini tersedia kepada semua pelanggan Netflix untuk Android dan iOS. Ia juga tidak lagi terhad di negara tertentu dan boleh digunakan di Malaysia.

Komen